Saturday, March 23, 2013

Masa Aku Kecil Dahulu



1.     Tandas Wanita

Pada suatu hari, Mak bawak aku pergi pasar borong. Aku pun ikut Mak sambil pegang erat tangannya. Maklumlah, budak2 lagi. Takut hilang pulak tengah2 orang ramai tu.

Tengah2 syok Mak beli barang, tiba2 aku rasa nak terkencing. Memang dah x tahan sgt masa tu. Bagai nyawa di hujung tanduk ar katakan. Aku pun cakap kat Mak aku nk wee wee… Mak pun terus tarik tangan aku sambil membebel2 apa entah. Aku dh x faham sebab dalam kepala asik fikir nk wee wee je.

Sampai depan tandas, Mak bayar 20sen kat orang jaga tandas tu. Aku pun terus masuk tandas, tapi Mak tunggu aku kat luar je.

Shhhh…shhhh… lalu selesai. Lega gila rasenye..

Keluar je dari jamban, tengok2 ada org pompuan tgh betul2kan tudung depan cermin.. Ahh sudah, tandas pompuan ke aku masuk ni??? Malu beb.. pastu akak tu pandang aku sambil sengeh2 mengejek. Malu giler masa tu..

Entah macam mana aku dapat idea baik.. aku pegi sebelah akak tu, pastu tanya dia, “akak, tumpang tanya.. akak nampak x mak saya??? Dia tinggi2, gemok2 sikit. Pastu pakai tudung warna kelabu??”

“tak nampak pun.” Jawab akak tu. Muka dia daripada nk gelakkan aku berubah jadi cemas, macam nk tolong aku.

“Ooh, puas saya cari dia.. Dalam tandas ni pun tak jumpa jugak..” Aku gelak dalam hati sebab rasa mcm berjaya taktik cover malu ni.

Akak tu pun pimpin tgn aku keluar dari bilik air. Pastu terus bagi aku kt mak aku.. Rupa2nya akak tu penjaga tandas yg mintak 20sen tu..

Ciss!!! Sangat malu..

Moral: Jangan malu bertanya. Malulah bila terkena.


2.     Stoking Pelik

Seperti hari2 biasa, aku pergi ke tadika. Pakaian uniform tadika, berstokin, berkasut, rambut sikat belah tepi, kira paling ensem ar zaman tu.

Tadika aku ni kalau dah sampai, nak masuk kena bukak kasut. Aku pun duduk ar depan skali depan cikgu. Aku ingat lagi nama cikgu tu Maryam.

Cikgu Maryam: Selamat pagi semua.

Semua: Selamat pagi cikgu.

Cikgu Maryam: semua sihat?

Aku: Mestilah sihat cikgu. Kalau x sihat mesti saya x datang punya. Hahaha!!

Cikgu Maryam: Kamu ni banyak cakap lah. Hah!! Kenapa stoking kamu sebelah kaler merah, sebelah kaler biru tu??

Aku: Memang macamni lah cikgu. Saya baru beli ni. Stoking ni ikut fesyen terkini kot..

Cikgu Maryam: Kamu ni, ye ye je. X pernah pun tengok orang pakai stoking macam ni.

Aku: Tu la. Pelik kan?? Cikgu nak tau, kat rumah saya ada sepasang lagi stoking.. Macam ni jugak pulak tu kaler dia.

Moral: Sentiasalah periksa stoking anda.


3.     Jelingan Ayah

Masa aku kecik dulu, ayah aku garang jugaklah orangnya. Aku paling ingat jelingan dia yang x tumpah macam harimau nampak daging.

Dia selalu larang aku daripada buat sesuatu dengan menjeling je. Bila dia dah jeling tu, faham2 jela. X brani ar aku buat lagi.

Contohnya, pada suatu hari, dia bawak aku pergi kedai runcit depan rumah. Masa nak bayar kat kaunter, aku nampak gula2 kat kaunter tu, bersusun. Macam sedap je. Tangan pun menggatal ar amik gula2 tu.

Tiba2 bapak aku menjeling kat aku. Grrrr.. seram.. Aku pun letak balik gula2 tu kat tempat asal dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni, bapak aku bawak aku pergi surau. Ni first time aku pergi surau.. excited gila time ni.

Masuklah waktu maghrib, pastu semua orang pun berbaris nak solat. Aku dengan budak2 kecik lain main guling2 kat belakang je. Hehee..

Tengah berguling2, aku ternampak sorang pakcik yang berdiri sorang2 kat depan tu (sekarang dah tahu dah namanya Imam). Aku nampak kain pelikat dia melekat kat celah punggung. Aku pun berfikir sejenak, kesian pakcik tu. Mesti dia x selesa. Aku kena tolong dia ni keluarkan kain tu.

Dengan selamba aku berjalan di depan jemaah, pastu pergi kat belakang Imam tu. Aku pun tariklah kain Imam tu. Hehehe.. tenang hati rasenye kerana Berjaya membantu seseorang yang dalam kesusahan.

Dengan muka bangga, aku pandang muka bapak aku sambil fikir, mesti bapak aku berasa bangga dengan kemurnian hati anaknya.

Tapi, bapak aku menjeling seketat-ketatnya macam harimau dah bersedia nak terkam lauk.

Apa salah yang aku buat??? Mesti bapak aku marah aku nanti.. kerana takutkan balasan yang bapak aku akan bagi nanti, aku pun dengan segera mencucuk semula kain pelikat tok imam ke dalam punggungnya.

“Adoi!!!!!!” menjerit tok Imam tu sekuat2nya.. Maka tergelaklah semua jemaah2 yang hadir dan terbatallah solat kesemuanya…

Wahai Tok Imam tersebut, sekiranya anda masih hidup, saya mintak ampun sangat2. Sekiranya anda telah kembali ke Rahmatullah, saya doakan Tok Imam berada dalam kalangan org2 beriman.

Moral: jangan jeling2 orang, nanti boleh timbulkan salah faham.

Sekian sahaja untuk minggu ini, kalau x lawak jangan marah.. niat cuma nak memperingati kisah2 silam aku dahulu yang x mungkin aku lupakan sampai bila2.