Friday, August 8, 2014

Sketchbook baru, drawing pertama stelah lama bercuti. Model:Jannah Salleh

Monday, April 22, 2013

Masa Aku Kecil Dahulu 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2.. Pilihanraya dah hampir tiba. Mintak maaf kerana lambat mengeluarkan siri kedua Masa Aku Kecil Dahulu ni. Penulis agak sibuk dengan kerja2 harian.. ecewah!! Mcm YB plak nk bizi2 tym GE ni.. hahaha!! Papepun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita bersama2 tunaikan kewajipan….bagi yang layak je. Yang x layak macam penulis(saya baru 18 tahun).. hehehe. (Nampak benor nipu)..elakkan ar dari politik kotor, tambah2 plak manusia ni semuanya mata duitan. Undi pun boleh beli pakai duit. Kisah kali ni pun pasal duit jugak.. Selamat membaca.


 


 

  1. WANG ADALAH SEGALANYA


     

    Percaya tak yang wang mampu membeli segalanya??? Rumah, peti ais, henpon, kawan,………….KAWAN??? hahaha!! Mmg betul pun. Ni kes tym aku sekolah rendah. Aku dengan tak sengaja terbeli seorg kawan.. kehkehkeh..


     

    Pada suatu hari, tym aku baru balik dari sekolah. Aku berjalan dengan kakak aku on the way nak ke rumah. Dalam perjalanan tu, aku ternampak sekumpulan budak laki berjalan depan kitorg. Lalu aku perasan sorg budak laki tu dari belakang macam kawan aku. Dia pakai songkok, kulit gelap gaya mcm S.Kunanlan(pemain Harimau Malaya)..


     

    Aku pun berlari kearah dia sambil jerit2 panggil nama dia. "Din! Din!" Tapi dia buat pekak je.. Nak kene budak ni, aku pun tepuk ar bahu dia mane tau dia betul2 pekak tym tu. "Hoi Din! Sombong kau sekarang.. member panggil buat tak layan".


     

    Sambil menoleh ke belakang, dia berkata "isyh! Siapa ni?"


     

    RUPA-RUPANYA budak yang aku tegur dari tadi tu, bukan kawan aku Din!!! GAYA sama, WARNA juga sama, tapi sebenarnya mukanya beza. Semua kawan2 budak tu pandang pelik kt aku… Mak aih.. malunye x ingat.. Ada yang siap acah2 tumbuk2 tapak tangan, gaya macam nak belasah aku plak tu. Hahaha!!


     

    "Maaf." Aku berkata sambil tertunduk tanda penyesalan…"Awak yang saya jumpa hari tu kan?" Tiba2 aku terfikir satu idea. Lebih baik mencuba daripada menonggeng (selepas dibelasah akan menonggeng).


     

    "Huh? Bila masa pulak aku jumpa kau?" Si hitam menjawab.


     

    "Ada, Hari tu saya lupa bawak duit, pastu awak pinjamkan kat saya duit." Tersengih2 aku bagitau dia. "Ni saya nak bagi semula duit tu kat awak."


     

    "Huh??Err… OH!! YE! YE!.. BARU SAYA INGAT!" dan2 je si hitam mengaku pernah pinjamkan aku duit.


     

    "Hmm.. nah, RM1.50 kan saya hutang awak?" aku pun nak cover malu punye pasal, terus bagi duit kat dia.


     

    "Eh!! RM2.50 ar.. kau jangan buat2 lupa pulak!" Si Hitam ni mmg berbakat jadi ceti haram..


     

    "Owh, yelah.. Maaf, lupa pulak saya. Nah lagi seringgit." Aku pun bagi jelah ikut tuntutan dia. "Oklah, saya gerak dulu!" terus aku berjalan kembali ke kakak aku.


     

    Sambil berpusing, aku terdengar salah sorang kawan si hitam bertanya kt dia, "Siapa budak tu wei?"


     

    Si hitam dengan tenang menjawab, "owh..tu KAWAN aku."


     

    MORAL: Setiap manusia dikurniakan nafsu dan akal.. gunakanlah akal untuk mengawal nafsu.


     


     

  2. HARI PERTAMA DI SEKOLAH


     

    Siapa ingat lagi hari pertama dia datang sekolah??? Sekolah Rendah ar.. Hahaha!! Memang banyak perkara lucu hari pertama kat sekolah. Selalunya hampir semua orang tak nak bercerita drama hari pertama diorang kat sekolah, mungkin sebab berasa malu. Biasalah beb, semua orang pun pernah malu.


     

    Hari pertama, bapak aku yang temankan aku pegi sekolah.. sampai kat tepi bilik darjah dia temankan aku. Aku berjalan perlahan pergi ke tempat duduk belakang. Aku tengok ramai amik seat tepi tingkap, sebab sambil cikgu mengajar, dorang boleh tengok parents diorang. Tapi aku datang lambat, seat tepi dah xde. Tinggallah aku sorang kat belakang. Ada yang masih menangis teresak2 dalam kelas. Ada yang langsung taknak masuk siap peluk kaki maknya kuat2, ada yang lagi pelik, maknya yang menangis tapi anak dia buat bodoh je.. Ehem.. aku kategori yang ketiga, tak tahu nk buat apa, pusing2 tengok orang. Apa pon x faham.. why? Why?why???


     

    Sebenarnya, ada sesuatu yang merisaukan hati aku. Aku takut jugak kalau bapak aku tiba2 balik tinggalkan aku. Bukan apa, masalah aku ialah aku tak reti guna duit nak beli makanan tym rehat nanti. Kira duit pun x tahu..


     

    Krooooo.. krooooo… perut aku berbunyi. Aku terus menoleh keluar bilik darjah. Aik? Mana bapak aku pergi?


     

    Loceng rehat pun berbunyi, aku terus berlari keluar kelas, sambil mencari2 bapak aku. X jumpa.. memang sah dia dah balik. Mati mati… Mati aku kelaparan.


     

    Akhirnya sebab x tahan sangat perut lapar, aku pun pergi jelah kat kantin sekolah.. Strategi aku: buat2 x tahu, tapi kalau makcik kantin suruh bayar, bagi je semua duit yang aku ada.


     

    Sampai je kat kantin, fuh!!! Makin kuat bunyi perut aku ibarat ada kumpulan black metal tengah jamming dalam perut, disebabkan bau makanan yang sedap2 menusuk hidung. Mula2 aku nampak mi sup, Hmm.. nak makan mi sup lah. Pastu nampak nugget, hmm.. nak makan nugetlah.. pastu nampak burger, hmm.. nak makan burger lah! Sedap je, nak makan semua!! HAHAHA!! Duit pun x tau kira ada hati nak makan semua. Cukup ke x duit aku ni??


     

    Aku pun beratur, pastu amik mi sup.. tiba2 aku rasa nak makan burger pulak. Aku pun pergi ar jumpa makcik kantin tu, "Makcik! Saya nak tukar mi sup ni dengan burger boleh? Saya x makan lagi mi sup ni."


     

    "Boleh dik.. pergi letak balik mi sup tu." Makcik tu kata.


     

    Aku pun pergilah letak balik mi sup tu, pastu pergi amik burger. Tanpa berlengah lagi, ngap! Terus aku kunyah burger tu. Hmm.. sedapnye..


     

    Tiba2 makcik tu panggil aku. "Hei, dik! Dik! Kau x bayor lagi burger tu. Sedap je kau makan ek?"


     

    "Eh? Apa pulak makcik. Kan saya dah tukar dengan Mi sup tadi." Sambil mengunyah aku berkata.


     

    "Yela.. Mi sup tu pun kau x bayar lagi" Makcik tu kata.


     

    "Eh? Kenapa saya nak kena bayar pulak Mi sup tu?" Aku menjawab sambil mengunyah lagi. "SAYA TAK BELI PUN MI SUP TU."


     

    Makcik tu tergelak sendirian. Mungkin gila kot makcik ni..Lalu aku pon terus blah dari tempat kejadian.


     

    Balik je dari sekolah, aku menceritakan kejadian tersebut pada bapak aku dan aku kata makcik kantin sekolah aku tu gila. Bapak aku hanya mendiamkan diri dan esoknya dia bawa aku ke sekolah, dan terus pergi ke kantin dulu. Aku lihat bapak aku memberikan wang kepada makcik kantin yang gila tu. Selepas dari itu barulah aku belajar tentang wang.


     

    HAHAHA!! Setelah aku memahami system ekonomi, barulah aku sedar sebenarnya akulah yang gila.


     

    MORAL: Janganlah cerita tentang najis orang lain sedangkan najis sendiri pun x pandai basuh.


     


     

  3. HARI BERKHATAN


     

    Sepatutnya slot yang ketiga dalam siri kedua ni adalah satu kisah lain. Tapi ada dua orang pembaca mintak kat aku ceritakan pengalaman tym aku bersunat dulu. Sebok nak tahu. Hehehe.. pasni aku desak korang cerita pengalaman korang pulak. Kisah yang 1 lagi tu aku bawa ke siri yang ketiga nanti ye.


     

    Setiap lelaki Islam pasti melalui pengalaman ni. Pasti semuanya masih terang dalam ingatan, bagaimana mereka sunat? Pakai kapak ke pisau? Jahit ke guna laser? Trick apa korang guna untuk lari dari bersunat? Hahaha!! Tapi memang seronok tym bersunat. Kesian orang pompuan x dapat merasa pengalaman mcm org laki rasa.


     

    Waktu cuti sekolah darjah 3, aku diputuskan oleh bapak aku untuk berkhatan. Seperti biasa, aku tunjukkan keberanian depan adik aku yang kecik lagi tym tu. Sambil usik2 dia, aku cakap dengan penuh bergaya, "eleh, abang x takut pon sunat. X sakit pon. Kalau adik sunat nanti jangan nangis tau. Nnt memalukan abang." Hehehe..


     

    Tibalah hari aku utk berkhatan, pagi2 lagi bapak aku dah suruh aku mandi. Mak aku pulak pesan mandi lama2. Bila aku nak pergi naik kereta dgn bapak aku, aku dah siap2 pakai kain pelikat dah. Steady gila ar. Mak aku pesan lagi. "Jangan takut tau, x sakit pon sunat tu."


     

    "Mak ni, org x takut pon ar. Mak mana tahu x sakit? Mak bukan pernah sunat pun." Aku menjawab.


     

    Sampainya di klinik, aku menunggu dengan penuh debaran. Sebelum aku ada sorang lagi kanak2 tengah disunatkan kat dalam. Aku terdengar suara budak tu menangis2 di dalam bilik doctor. Meremang jugak bulu roma ni.


     

    "Ayah, kalau doctor tu salah potong, boleh sambung balik x?" aku start seriau(chuak) dan tanya soalan bukan2 kat bapak aku.


     

    "Boleh." Ayah menjawab sambil membaca akhbar.


     

    "Ayah, doctor tu potong pakai apa?"


     

    "Kadang2 pakai pisau, kadang2 pakai gunting." Tenang je bapak aku.


     

    Macam2 lagilah soalan cepumas aku tanya bapak aku. Akhirnya budak tu pun keluar dari bilik doctor. Budak tu masih mengesat air matanya sambil teresak2. Tiba2 seorang nurse, panggil nama aku. Sampailah giliran aku.


     

    Dalam bilik bedah tu ada 3 orang, aku, doctor tu, dengan nurse ni. Doctor tu lelaki berumur jugaklah. Nurse tu pulak, gadis dewasa lebih kurang 20 an. Boleh tahan cun jugaklah. Hehee.. tengah doctor tu periksa kelengkapan dia, aku berbaring di atas katil bedah tu. Nurse tu suruh aku angkat kain pelikat aku tu.


     

    Aku menggelengkan kepala.


     

    "asal x nak pulak? Cepatlah diiik…." Nurse tu merayu suruh aku bukak dengan suaranya yang manja.


     

    Aku menggelengkan kepala.


     

    "Akak bukakkan ye..." Dengan pantas nurse tu menyelak kain pelikat aku.


     

    Dengan pantas aku menutup semula! Kemudian kami bermain bukak tutup bukak tutup selama lebih kurang 10 minit. Akhirnya si doctor tu pun bersuara.

    "Hai, cepatlah.. patient ramai lagi kat luar tu. Awak ke tepi."


     

    Doktor tu pun datang ke sebelah aku setelah akak nurse tu ke tepi. "Kenapa dik x nak bukak? Janganlah takut. Pakcik buat sekejap je." Doctor tu cuba menenangkan aku. Lalu dia pun menyelak kain pelikat aku.


     

    Aku terpaksa merelakan sambil memandang ke dinding.


     

    "Patutlah x nak bukak! SETIM rupenye!! Hehehe.." Doctor tu berteriak. Lalu doctor pun mengambil penukul lutut dan meredakan kesetiman yang melanda.


     

    Setelah selesai, aku pun keluar dari bilik bedah sambil jalan terkengkang2 mendapatkan bapak aku. Setibanya di hadapan ayah, aku berkata. "Ayah, nanti dah sembuh ni, Amin nak sunat lagi boleh tak?"


     

    "Mana boleh. Sunat sekali je seumur hidup." Ayah jawab.


     

    "Alaa…." Aku merungut. "Ayah tak tahu.. BEST TAU SUNAT!"


     

    MORAL: Jangan gelakkan orang. Dah.. diam2. Pui!!!


 


 


 


 

 

Saturday, March 23, 2013

Masa Aku Kecil Dahulu



1.     Tandas Wanita

Pada suatu hari, Mak bawak aku pergi pasar borong. Aku pun ikut Mak sambil pegang erat tangannya. Maklumlah, budak2 lagi. Takut hilang pulak tengah2 orang ramai tu.

Tengah2 syok Mak beli barang, tiba2 aku rasa nak terkencing. Memang dah x tahan sgt masa tu. Bagai nyawa di hujung tanduk ar katakan. Aku pun cakap kat Mak aku nk wee wee… Mak pun terus tarik tangan aku sambil membebel2 apa entah. Aku dh x faham sebab dalam kepala asik fikir nk wee wee je.

Sampai depan tandas, Mak bayar 20sen kat orang jaga tandas tu. Aku pun terus masuk tandas, tapi Mak tunggu aku kat luar je.

Shhhh…shhhh… lalu selesai. Lega gila rasenye..

Keluar je dari jamban, tengok2 ada org pompuan tgh betul2kan tudung depan cermin.. Ahh sudah, tandas pompuan ke aku masuk ni??? Malu beb.. pastu akak tu pandang aku sambil sengeh2 mengejek. Malu giler masa tu..

Entah macam mana aku dapat idea baik.. aku pegi sebelah akak tu, pastu tanya dia, “akak, tumpang tanya.. akak nampak x mak saya??? Dia tinggi2, gemok2 sikit. Pastu pakai tudung warna kelabu??”

“tak nampak pun.” Jawab akak tu. Muka dia daripada nk gelakkan aku berubah jadi cemas, macam nk tolong aku.

“Ooh, puas saya cari dia.. Dalam tandas ni pun tak jumpa jugak..” Aku gelak dalam hati sebab rasa mcm berjaya taktik cover malu ni.

Akak tu pun pimpin tgn aku keluar dari bilik air. Pastu terus bagi aku kt mak aku.. Rupa2nya akak tu penjaga tandas yg mintak 20sen tu..

Ciss!!! Sangat malu..

Moral: Jangan malu bertanya. Malulah bila terkena.


2.     Stoking Pelik

Seperti hari2 biasa, aku pergi ke tadika. Pakaian uniform tadika, berstokin, berkasut, rambut sikat belah tepi, kira paling ensem ar zaman tu.

Tadika aku ni kalau dah sampai, nak masuk kena bukak kasut. Aku pun duduk ar depan skali depan cikgu. Aku ingat lagi nama cikgu tu Maryam.

Cikgu Maryam: Selamat pagi semua.

Semua: Selamat pagi cikgu.

Cikgu Maryam: semua sihat?

Aku: Mestilah sihat cikgu. Kalau x sihat mesti saya x datang punya. Hahaha!!

Cikgu Maryam: Kamu ni banyak cakap lah. Hah!! Kenapa stoking kamu sebelah kaler merah, sebelah kaler biru tu??

Aku: Memang macamni lah cikgu. Saya baru beli ni. Stoking ni ikut fesyen terkini kot..

Cikgu Maryam: Kamu ni, ye ye je. X pernah pun tengok orang pakai stoking macam ni.

Aku: Tu la. Pelik kan?? Cikgu nak tau, kat rumah saya ada sepasang lagi stoking.. Macam ni jugak pulak tu kaler dia.

Moral: Sentiasalah periksa stoking anda.


3.     Jelingan Ayah

Masa aku kecik dulu, ayah aku garang jugaklah orangnya. Aku paling ingat jelingan dia yang x tumpah macam harimau nampak daging.

Dia selalu larang aku daripada buat sesuatu dengan menjeling je. Bila dia dah jeling tu, faham2 jela. X brani ar aku buat lagi.

Contohnya, pada suatu hari, dia bawak aku pergi kedai runcit depan rumah. Masa nak bayar kat kaunter, aku nampak gula2 kat kaunter tu, bersusun. Macam sedap je. Tangan pun menggatal ar amik gula2 tu.

Tiba2 bapak aku menjeling kat aku. Grrrr.. seram.. Aku pun letak balik gula2 tu kat tempat asal dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni, bapak aku bawak aku pergi surau. Ni first time aku pergi surau.. excited gila time ni.

Masuklah waktu maghrib, pastu semua orang pun berbaris nak solat. Aku dengan budak2 kecik lain main guling2 kat belakang je. Hehee..

Tengah berguling2, aku ternampak sorang pakcik yang berdiri sorang2 kat depan tu (sekarang dah tahu dah namanya Imam). Aku nampak kain pelikat dia melekat kat celah punggung. Aku pun berfikir sejenak, kesian pakcik tu. Mesti dia x selesa. Aku kena tolong dia ni keluarkan kain tu.

Dengan selamba aku berjalan di depan jemaah, pastu pergi kat belakang Imam tu. Aku pun tariklah kain Imam tu. Hehehe.. tenang hati rasenye kerana Berjaya membantu seseorang yang dalam kesusahan.

Dengan muka bangga, aku pandang muka bapak aku sambil fikir, mesti bapak aku berasa bangga dengan kemurnian hati anaknya.

Tapi, bapak aku menjeling seketat-ketatnya macam harimau dah bersedia nak terkam lauk.

Apa salah yang aku buat??? Mesti bapak aku marah aku nanti.. kerana takutkan balasan yang bapak aku akan bagi nanti, aku pun dengan segera mencucuk semula kain pelikat tok imam ke dalam punggungnya.

“Adoi!!!!!!” menjerit tok Imam tu sekuat2nya.. Maka tergelaklah semua jemaah2 yang hadir dan terbatallah solat kesemuanya…

Wahai Tok Imam tersebut, sekiranya anda masih hidup, saya mintak ampun sangat2. Sekiranya anda telah kembali ke Rahmatullah, saya doakan Tok Imam berada dalam kalangan org2 beriman.

Moral: jangan jeling2 orang, nanti boleh timbulkan salah faham.

Sekian sahaja untuk minggu ini, kalau x lawak jangan marah.. niat cuma nak memperingati kisah2 silam aku dahulu yang x mungkin aku lupakan sampai bila2.




Sunday, March 6, 2011

JERSI UNTUK DITEMPAH

INI JENIS-JENIS JERSI UNTUK DITEMPAH. MEMANG ADA 30 HELAI SETIAP PATTERN. SESUAI UNTUK BUAT JERSI 1 TEAM BOLA/APA2 JELAH. SAIZ XL DAN L SAHAJA. BAYAR DEPOSIT DAHULU UNTUK BUAT TEMPAHAN. DEPOSIT RM300 SAHAJA. RM 25 SEHELAI KALAU SIAP PRINTING NAMA DAN NOMBOR DI BELAKANG.SEMUA JENAMA ADIDAS GRED PASAR MALAM.

1) BIRU BELANG HITAM


2) HITAM BELANG BIRU



3) HITAM BELANG PUTIH



4) KUNING BELANG PUTIH



5) MERAH BELANG BIRU


6) OREN BELANG HITAM



TEMPAH SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA!!!

Sunday, February 27, 2011

Perniagaan yang dilakukan amin assalim marketing

2) amin assalim marketing juga ada memasarkan pelbagai jenis artwork seperti lukisan hiasan, potret, airbrush, spray kereta, printing t-shirt/jersey, dan khidmat towing.

ini contoh gitar yang telah di airbrush;


motor pun ada hantar airbrush juga, dia nak buat corak flame;


bawah ni pulak, kerja-kerja mengecat sebuah kereta dijalankan;


yang ni, contoh t-shirt yang telah diprinting. nk design apa-apa pon boleh. kalau jersey nk buat nombor n nama kt belakang pun boleh. kami pakai airbrush. t-shirt tu kami print.



seterusnya ialah lukisan potret, pemandangan dan macam-macam lagi yang dihasilkan amin assalim. sebenarnya beliau seorang yang berbakat seni.











jadi, sekiranya anda berminat terhadap sebarang lukisan pensil, painting, airbrush artwork, cat kereta dan perkhidmatan tow truck, bolehlah segera menghubungi amin assalim marketing secepat mungkin...

Perniagaan yang dilakukan amin assalim marketing

1) memasarkan makanan dan minuman halal kepada semua;


burger n fries


roti john


satay


otak-otak


tauhu bakar


santan kelapa sawit


jus pink guava

semuanya dijamin halal dan untuk tempahan, sila hubungi amin assalim marketing dengan segera.

Bagaimana untuk menghubungi amin assalim marketing?

1) Hubungi nombor telefon kedai: 013-270 6892

2) Hubungi nombor telefon ibupejabat: 03-4280 0452

3) datang ke kedainya di: gerai no.3 kompleks maluri,
taman maluri, cheras,
55100 kuala lumpur.

4) datang ke pejabatnya di: no.22 jalan bukit indah 1/7,
taman bukit indah,
68000 ampang,
selangor darul ehsan.

5) urusan surat menyurat hendaklah dihantar ke alamat pejabatnya.

6) layari blog: http://aminassalim-marketing.blogspot.com

7) hantar e-mel ke amin_assalim@yahoo.com

8) add di facebook: amin_assalim@yahoo.com